Latihan Intel Easy Step
11 April 2016 | Aktiviti Terkini
Pada 10 April 2016, Pusat Internet Kg Telaga Air telah mengadakan latihan Intel Easy Step. Bertempat di Pusat Internet Kampung Telaga Air, Aktiviti ini bermula pada jam 9.00 pagi sehingga 5.00 petang dan telah disertai oleh 7 peserta yang terdiri daripada penduduk sekitar, yang berusia 18 tahun keatas. Latihan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta kaedah menggunakan perisian Microsoft Office dan merangkan fungsi perisian yang terdapat pada Microsoft Office 2013. Latihan ini diadakan 3 slot iaitu pengenalan Microsoft Powerpoint, pengenalan Microsoft Excel dan pengenalan Microsoft Publisher.
Berikut adalah kebaikan / kelebihan menghadiri kelas yang di berikan:
- Mendedahkan peserta kepada perisian yang terdapat pada Microsoft Office 2013 dan penggunaan perisian tersebut untuk kehidupan harian mahupun didalam perniagaan.
Berikut antara aktiviti yang dijalankan sepanjang sesi pembelajaran:
- Pengenalan kepada Microsoft Powerpoint 2013.
- Pengenalan kepada Microsoft Excel 2013.
- Pengenalan kepada Microsoft Publisher 2013.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: